Belum pun genap sebulan bertunang, Fizz Fairuz mengeuarkan kenyataan yang tunangnya itu berstatu : Isteri orang.
Dikatakan juga yang Fizz tidak tahu menahu tentang hal ini dan merasakan bahawa dirinya telah ditipu sepanjang perkenalan mereka tahun lepas.
"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang."
Azlyn Massiela yang berusia 26 tahun ini merupakan isteri kedua seorang usahawan dan telah bernikah di Selatan Thailand.
Pendapat Aku:
Kesian Fizz Fairuz yang telah ditipu hidup-hidup dan kesian lagi pada Almy Nadia yang menjadi mangsa segala mangsa keadaan. Diharapkan Almy dan Fizz tabah menerima dugaan ini. Kepada Azlyn, janganlah dok mainkan perasaan orang. Awak tu perempuan. Tak boleh kahwin 4 ok!
No comments:
Post a Comment