Nuffnang Ads

Wednesday, February 20, 2013

GOSSIP : KENYATAAN AZLYN- SAYA BUKAN ISTERI ORANG

Heboh kisah Fizz Fairuz pulak sekarang yang mendakwa telah ditipu oleh tunangnya sendiri selapas 10 hari majlis upacara pertunangan dijalankan. Fizz Fairuz yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Azlyn tunangnya itu merupakan isteri seorang usahawan dan Fizz sendiri telah berjumpa dengan suami Azlyn sendiri.

Lain pulak kisahnya pada hari ini, apabila Azlyn tampil dengan menjawab isu status dirinya. Dalam kenyataan Azlyn, dia mengatakan yang dirinya masih berstatus single dan bukannya isteri orang. Azlyn juga mengatakan yang Fizz berbohong dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan keluarga Azlyn sebelum hari pertunangan walhal Fizz pernah berjumpa dengan ayah Azlyn berbincang mengenai majlis pertunangan mereka.




"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz)."






Berbalik kepada kisah Fizz bertemu dengan suami Azlyn, suaminya yang hanya ingin dikenali sebagai R mengatakan bahawa Azlyn dan dirinya telah berkahwin di Selatan Thailand dan masih tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama pun. Malah R juga mendakwa Azlyn ada menggunakan telefon bimbitnya untuk berhubung dengan Fizz.

Fizz Fairuz pula sekarang ini dikatakan hilang tanpa berita dan enggan bertemu dengan media.

Pendapat Aku :

Hai..mana satu nak percaya ni?? 

No comments:

Post a Comment