Pendapat Aku :
Filem aksi sememangnya sudah "sebati" dengan pelakon lelaki berbadan sasa Jason Statham ini. Jika anda memang meminati filem seperti : The Mechanic, Expandables dll, anda adalah disarankan supaya menonton filem ini.
Gabungan ataupun kemunculan J.Lo semestinya memberi impak pada penonton apatah lagi terdapat beberapa aksi J.Lo hanya berpakaian dalam. Filem ini menceritakan tentang kehidupan Parker yang kerjanya sebagai perompak professional dan sewaktu rompakan, geng-gengnya telah menyeleweng duit hasil rompakan dan menembak mati Parker. Namun, nyawanya yang liat membuatkan Parker bangun dan memburu mereka untuk mengambil kembali apa yang telah mereka curi. Macam Lu Cilok Gua, Gua Cilok Lu..laa kan? Aksi-aksi di dalam filem ini sememangnya menonjolkan seperti nyawa itu agak murah kerana aksi tembak menembak, tikam - menikam, pastinya membuatkan anda rasa tak senang duduk.
Jadi, kepada anda yang suka melihat aksi Jason yang cool dan smart, bolehlah beli tiket dipawagam sebelum cerita ini tamat.
Untuk filem ini, saya bagi : WAJIB TONTON!
No comments:
Post a Comment