Nuffnang Ads

Monday, February 25, 2013

LATEST: ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN AKAN BERNIKAH



Heboh di kebanyakan blog hiburan pada hari ini membincangkan perihal Che Ta kita ni akan melangsungkan perkahwinan bersama jejaka muda Zain Saidin pada Julai ini. Walaupun begitu, Zain menafikan bahawa mereka akan berkahwin pada Julai ini seperti yang diberitahu oleh Che Ta. Aik..yang mana sau betul ni?
Apapun, sememangnya pasangan ini telah pun bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan tetapi masih belum ada perancangan bila akan berlangsungnya majlis itu. Cuma Zain ada memberitahu yang berkemungkinan pada akhir tahun ini.

Zain memberitahu juga yang dirinya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kekasihnya itu bahawa dia bersetuju untuk berkahwin pada bulan Julai. Mungkin pihak Zain ingin merancang dengan lebih rapi dan tidak mahu tergopoh-gopoh.. kan?

Apapun pihak MyMediaHorizon mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain Saidin atas perancangan ini dan mudah-mudahan akan ke jinjang pelamin. 





Wednesday, February 20, 2013

GOSSIP : KENYATAAN AZLYN- SAYA BUKAN ISTERI ORANG

Heboh kisah Fizz Fairuz pulak sekarang yang mendakwa telah ditipu oleh tunangnya sendiri selapas 10 hari majlis upacara pertunangan dijalankan. Fizz Fairuz yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Azlyn tunangnya itu merupakan isteri seorang usahawan dan Fizz sendiri telah berjumpa dengan suami Azlyn sendiri.

Lain pulak kisahnya pada hari ini, apabila Azlyn tampil dengan menjawab isu status dirinya. Dalam kenyataan Azlyn, dia mengatakan yang dirinya masih berstatus single dan bukannya isteri orang. Azlyn juga mengatakan yang Fizz berbohong dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan keluarga Azlyn sebelum hari pertunangan walhal Fizz pernah berjumpa dengan ayah Azlyn berbincang mengenai majlis pertunangan mereka.




"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz)."






Berbalik kepada kisah Fizz bertemu dengan suami Azlyn, suaminya yang hanya ingin dikenali sebagai R mengatakan bahawa Azlyn dan dirinya telah berkahwin di Selatan Thailand dan masih tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama pun. Malah R juga mendakwa Azlyn ada menggunakan telefon bimbitnya untuk berhubung dengan Fizz.

Fizz Fairuz pula sekarang ini dikatakan hilang tanpa berita dan enggan bertemu dengan media.

Pendapat Aku :

Hai..mana satu nak percaya ni?? 

GADGET : BLACKBERRY Z10



Hari ini, 20 February 2013 Blackberry Malaysia akan melancarkan Blackberry Z10 dan ada ura-ura mengatakan harga pre order BB tersebut ialah RM2450 tapi taktaw la betul ker tak sebab nama pun ura-ura kan. Kalau dilihat dari size BB Z10 dan  dibandingkan dengan iphone 5 dan lumia, size mereka lebih kurang sama jer cuma lebih lebar sikit dr iphone 5. Ia menggunakan skrin sentuh sepenuhnya dan juga dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.2 inci dengan 356PPI. Menggunakan 3 konsep iaitu - Hub, Peek & Flow.




Hub merupakan inbox utk semua notification SMS,Emails, Facebook, Twitter dan seangkatannya. Peek pula dalam erti kata lain slide dari mana-mana notification dari Hub dan Flow ialah satu sistem untuk navigate keseluruhan OS.

Seperti kite tahu BB Z10 mempunya 8 MP camera dengan time mode shif. Ape itu time shift mode? Ia adalah satu sistem dimana ianya akan menangkap milisaat  sebelum dan selepas gambar supaya anda boleh memperbetulkan gambar tersebut. Cth; tangkap gamba beramai-ramai dah sudah pasti ada muka yang mata tertutup dan dengan mengunakan time shift mode ini ianya boleh memutarkan balik masa bahagian mata tersebut utk pilih mata yang terbuka dan mengabungkan menjadi satu gamba yg perfect! Kalau tak paham, meh tgk video kat bawah..



Dibawah adalah serba sedikit info tentang Blackberry Z10:


So rasanya kepada sesiapa yang berminat dah boleh utk mengorder di pusat-pusat telco berdekatan. Sekian!

INFO : FILEM - FILEM TAYANGAN UNGGUL YANG AKAN DATANG!



AWAN DANIA THE MOVIE
Release Date 14 March 2013
Directed         Rashid Sibir
Produced       Tayangan Unggul Sdn Bhd
Genre            Comedy Drama
Language       Bahasa Malaysia
Cast List        Scha Al-Yahya, Rusdi Ramly, Elly Mazlein, Jehan Miskin
Trailer :

            



LANGGAR
Release Date 11 April 2013
Directed       Sein Ruffedge
Produced     Tayangan Unggul Sdn Bhd
Genre          Action Drama
Language     Bahasa Malaysia
Cast List      Adi Putra, Hans Isaac, Khir Rahman, Namron, Bell Ngasri, Zulhuzaimi, Natasha Hudson, Nadia Heng
Trailer : 

         


BIKERS KENTAL
Release Date 23 May 2013
Directed         Helmi Yusof
Produced       Tayangan Unggul Sdn Bhd
Genre            Comedy Drama ( Big Bike )
Language       Bahasa Malaysia
Cast List    Zizan Razak ( Raja Lawak), Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem,       Amerul Affendi, Sufia Mohamed,


Trailer :
        


Untuk makluman, filem HANTU KAK LIMAH 2 : HUSIN MON DAN JIN PAKAI TONCIT telah mendapat kutipan  sebanyak 4.28 juta selepas 7 hari ditayangkan dan sehingga kini ia masih ditayangkan di pawagam. TAHNIAH!


Tuesday, February 19, 2013

GOSSIP : TUNANG SAYA ISTERI ORANG - FIZZ FAIRUZ






Belum pun genap sebulan bertunang, Fizz Fairuz mengeuarkan kenyataan yang tunangnya itu  berstatu : Isteri orang.
Dikatakan juga yang Fizz tidak tahu menahu tentang hal ini dan merasakan bahawa dirinya telah ditipu sepanjang perkenalan mereka tahun lepas.


 "Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang."




Azlyn Massiela yang berusia 26 tahun ini merupakan isteri kedua seorang usahawan dan telah bernikah di Selatan Thailand.

Pendapat Aku:

Kesian Fizz Fairuz yang telah ditipu hidup-hidup dan kesian lagi pada Almy Nadia yang menjadi mangsa segala mangsa keadaan. Diharapkan Almy dan Fizz tabah menerima dugaan ini. Kepada Azlyn, janganlah dok mainkan perasaan orang. Awak tu perempuan. Tak boleh kahwin 4 ok!

Monday, February 18, 2013

FILEM REVIEW : DIE HARD 5



Sebuah filem yang penuh dengan aksi yang membuat kite cakap " WOW!" tapi motif cerita sangat la tak berapa best sgt la.. tapi disebabkan aksi-aksi dan letupan-letupan dia yang membuatkan cerita ni nampak menarik.

John McClane lakonan Bruce Willis  & Jack McClane merupakan gandingan yang sangat serasi. Cerita ini bermula apabila John McClane  datang ke Russia utk mencari anaknya Jack McClaine yang telah ditangkap atas tuduhan membunuh. Dengan tidak sengajanya, John McClaire telah terlibat dalam misi menyelamatkan Yuri seorang banduan yang telah dipenjarakan selama 5 tahun dan menjadi orang yang paling dikehendaki kerana dia menyimpan kunci bilik rahsia yang mempunyai beratus-ratus bahan nuklear (Uranium). 




Cerita menjadi lebih konflik apabila Yuri merupakan orang yang mengetuai misi tersebut dan John McClane yang telah biasa dengan keadaan seperti ini telah perasan lakonan yang konon-kononya Yuri sudah insaf utk membuat jahat. Yang selebihnya sila la tengok kat panggung ye.




Yang paling lawak, John McClane asyik kata "saya dalam percutiannnnnnn"


Pendapat saya: 

Cerita ini best sebb aksi-aksi yang meriah! Lawak-lawak spontan oleh mereka berdua yang membuatkan penonton gelak. 




Friday, February 15, 2013

BLACK MENTOR SUDAH BERTUNANG?



Daripada info yg boleh dikatakan kukuh telah mengatakan yang Black telah bertunang pada 26 Januari lepas dan telah dibuat secara tertutup tanpa kehadiran pihak media. Daripada laporan akhbar sabtu lepas mengatakan black mengrahsiakan pertunangan tersebut adalah kerana menghormati keputusan keluarga kedua-dua belah pihak dan bukanlah black sengaja menyorok perkara ini.

“Bukan tidak mahu bercerita mengenai majlis pertunangan dan siapa tunangan saya namun diatas permintaan pihak perempuan saya hormati apa yang mereka minta.” jelas Black di dalam laporan Portal Malaysia Digest.

Berdasarkan info berkenaan juga, gadis tunangannya menetap di Bangi dan Black juga ada mengatakan akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini dan akan menberitahu bila tarikhnya kepada umum.

Tahniah diucapkan kepada Black dan semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.Amin.

Thursday, February 14, 2013

LATEST : LAGU DARI SHILA UNTUK SHARNAAZ


Setelah terputusnya hubungan Shila dan Sharnaaz, Shila Amzah menerusi akaun Twitter miliknya telah mengumumkan lagu terbaru hasil nukilannya khas untuk Sharnaaz Ahmad.



" Biarpun tak lagi ada denganku
Takkan ku bisa melupakanmu
Caramu memanggil namaku
Terasa seolah kau massih... ada

Jauh di dalam sanubariku.
Tak ku rela kan pemergianmu
Namun ku kan selalu doakanmu
Agar kau takkan terus terluka

*Kau kan temui...bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar ..
Aku akan selalu ada..
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta..

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahanku sepertimu
Satu dunia menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah...juaa...oo 

Yang mengenalmu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang kuharapkan..kau juga mendoakanku "


Dari bait lirik ini, tergambar betapa sayangnya Shila pada Sharnaaz. Mungkin tiada jodoh hari ini. Hari depan, mana la tahu..kan?



Tuesday, February 12, 2013

LATEST: CHEF RIZ YANG SEMAKIN HOT!

Siapa tak kenal dengan anak teruna Chef Wan ni kan? Sekarang ini walaupun sibuk menguruskan restoran miliknya FLAVOURS di Bangsar, beliau kelihatan masih sempat membina badan dan dengar-dengar akan memasuki pertandingan pada Jun nanti.


Mungkin ini merupakan motivasi diri baginya selepas gagal dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ana Dahlia. Dengan imej baru chef Riz berambut pendek, bermisai dan berketul-ketul badannya ini sudah tentu dapat memikat hati mana-mana gadis sekalipun.

Apapun, good job, chef!

Monday, February 11, 2013

LATEST:ANA DAHLIA KEMALANGAN

Pelakon Ana Dahlia cedera akibat kemalangan awal pagi tadi di Jalan Genting Kelang. Kemalangan yang berlaku pada jam 1 pagi itu terjadi apabila sebuah kereta Iswara hilang kawalan dan merempuh masuk ke arah jalan bertentangan dan merempuh sebuah van dan juga kereta yang dipandu Ana Dahlia. Diharapkan Ana Dahlia tidak mengalami kecederaan serius. Sama-sama kita doakan untuk beliau.


Sunday, February 10, 2013

GOSSIP: " SAYA MEMANG BUDAK JAHAT"

" Memang saya budak jahat! Kuat memberontak. Tapi benda-benda ini mengajar saya untuk berfikir dan huat keputusan sendiri. Kita ni bukannya duduk di zaman 70 an atau sebelumnya yang masih lagi ibu-bapa nak tentukan keputusan untuk anak. Kalau fikir macam tu, pergilah duduk di zaman itu."

Demikianlah kata-kata Sharnaaz Ahmad yang dipetik dari akhbar Pacaindera hari ini. Sudah terlalu lama komtroversi ini terjadi namun masih belum ada jalan penyudahnya.

Pendapat Aku:

Jika Sharnaaz keras menyatakan seolah-olah Shila Amzah ini seperti anak dara kuno zaman 70 an, biarkanlah. Asalkan Shila tidak melukakan hati ibubapa mereka. Sharnaaz sendiri harus cerminkan diri dan belajar menghormati orang tua.

Saturday, February 9, 2013

LATEST : PIERRE ANDRE BERTUNANG


TAHNIAH!

Team MyMediahorizon mengucapkan tahniah kepada Pierre Andre kerana telah selamat bertunang.  Wanita bertuah yang dapat memenangi hati si pengarah muda ini berna Nurhidayah.

Cantik kan?
Semoga akan kekal ke jinjang pelamin (insya Allah) dan semoga Pierre dapat membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah sepertimana dirinya yang sekarang sudah berhijrah ke arah yang lebih baik. Sama-sama kita doakan. Amin..

LATEST : SELAMAT HARI LAHIR, ERRA


Selamat Hari Lahir team MyMediahorizon ucapkan kepada Erra Fazira. Semoga sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta dan insan-insan yang disayangi.

Wednesday, February 6, 2013

GOSSIP : SHARNAAZ TAK JADI MERISIK


TERKINI!

Kenyataan Sharnaaz Ahmad pada wartawan SinarHarian bahawa beliau terpaksa membatalkan hasrat untuk merisik kerana tidak mengetahui hala tuju perhubungan mereka. Kata Sharnaaz juga, beliau tidak mahu lagi memikirkan apa kesudahan dan hanya ingin fokus pada kerjayanya sahaja.

Pendapat Aku:

Kan bagus jika Sharnaaz awal2 lagi batalkan hasrat merisik setelah ND Lala larang. Takkan terjadi pertelingkahan dan salah faham antara mereka kerana adanya sikap hormat-menghormati.

Kepada anak teruna yang rasa boleh pikat Shila, mungkin dah boleh siapkan diri kot!

LATEST :H&M DAVID BECKHAM BODYWEAR

Sexy enough?

This advertisement dedicated  for GIRLS' EYES eventhough the product made for mens.

NEWS: FAEZAH ELAI SELAMAT BERSALIN


TAHNIAH diucapkan kepada Faezah Elai dan juga suaminya Heykal dengan kehadiran " orang baru " sebagai penyeri hidup mereka.

Faezah dilaporkan selamat bersalin di Prince Court Medical Medical Centre.


GOSSIP : ANTARA AYAH DAN CINTA ( SHILA HAMZAH )





Ok, jom kita baca dulu kenyataan Shila dalam Twitternya.


Pendapat Aku :

Hangat kisah kontroversi antara Shila, Sharnaaz dan ND Lala. Macam-macam perangai sekarang ni yer? Yang lelaki tak sabar nak masuk merisik walau ayah tak beri izin. Yang anak perempuan memanglah kene dengar kata ayah.

Bagi akulah kan, dalam hal ni, Shila kene pandai bezakan antara cinta dan keluarga. Tolonglah dengar kata ayah tu. Jatuh bangun Shila selama ini, ayah juga yang ada bersama. Keluarga hanya 1. Ayah hanya 1. Tapi kekasih boleh berganti dan jika diizin Tuhan, ada jodoh tak ke mana.

Shila silap apabila menyatakan yang dia mahu keputusan sendiri dan menyatakan semuanya di twitternya. Seolah2 memperkecilkan peranan ayah.

Haissh. Kalau akulah jadi ND Lala, memang aku tak kan nikahkan Shila tu dengan Sharnaaz. Perangai macam tu silap2 lepas kahwin pon takkan berubah. Hampeh.


Monday, February 4, 2013

FILEM REVIEW : PARKER


Pendapat Aku :

Filem aksi sememangnya sudah "sebati" dengan pelakon lelaki berbadan sasa  Jason Statham ini. Jika anda memang meminati filem seperti : The Mechanic, Expandables dll, anda adalah disarankan supaya menonton filem ini.



Gabungan ataupun kemunculan J.Lo semestinya memberi impak pada penonton apatah lagi terdapat beberapa aksi J.Lo hanya berpakaian dalam. Filem ini menceritakan tentang kehidupan Parker yang kerjanya sebagai perompak professional dan sewaktu rompakan, geng-gengnya telah menyeleweng duit hasil rompakan dan menembak mati Parker. Namun, nyawanya yang liat membuatkan Parker bangun dan memburu mereka untuk mengambil kembali apa yang telah mereka curi. Macam Lu Cilok Gua, Gua Cilok Lu..laa kan? Aksi-aksi di dalam filem ini sememangnya menonjolkan seperti nyawa itu agak murah kerana aksi tembak menembak, tikam - menikam, pastinya membuatkan anda rasa tak senang duduk.

Jadi, kepada anda yang suka melihat aksi Jason yang cool dan smart, bolehlah beli tiket dipawagam sebelum cerita ini tamat.

Untuk filem ini, saya bagi : WAJIB TONTON!



TRAVEL : DESTINASI BULAN MADU

Awal-awal tahun ni, makin banyak jemputan perkahwinan kan? Mungkin ramai yang melangsungkan perkahwinan lepas dapat bonus dari syarikat masing-masing akhir tahun lepas. Jadi, saya nak kongsikan beberapa tempat menarik kepada anda yang mungkin nak pegi berbulan madu ataupun mungkin ada yang minat nak travel ke luar negara.


HALONG BAY, VIETNAM



Halong Bay merupakan tempat yang tercantik di Vietnam. Terbentuknya teluk biru ini adalah hasil dari pembentukan semulajadi batu. 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmaru pelayaran mewah bersama pasangan dan terdapat pilihan yang anda boleh pilih semasa di sana. Aktiviti yang dicadangkan juga adalah seperti berkayak di air yang begitu biru. 


PULAU LAYANG-LAYANG, LABUAN

 Pulau Layang- layang merupakan antara lokasi skuba terkenal di dunia. Dengan persekitaran bersih, dan air laut yang bewarna hijau kebiruan, pasti membuatkan anda terasa damai dan tenteram. Bagus untuk pasangan yg gemarkan suasana tepi pantai dan acara skuba.




PULAU GEMIA, TERENGGANU




Pulau ini letaknya berdekatan dengan Pulau Kapas, dan jarak hanya lebih kurang 800 meter sahaja. Berbanding dengan pulau lain di Terengganu, Pulau Gemia ini agak kurang popular untuk masyarakat tempatan, namun bagi pelancong asing, mereka lebih gemar ke Pulau Gemia ini kerana suasana yang tidak terlalu ramai dan sunyi.

Terdapat hanya 1 resort sahaja di sini iaitu Gem Resort & Spa  . Ada banyak pakej yang mereka sediakan. Klik2 lah di website-nya.

PULAU BORA-BORA, TAHITI






Pulau ini terletak di Tahiti. Tengok sahaja gambar dah membuatkan hati tertambat kan? Pada anda yang nak bulan madu yang romantik, boleh cuba ke pulau ini dan mungkin boleh dapatkan informasi di sini ataupun boleh mencari hotel2 melalui Agoda.

JOM CUTI!