Nuffnang Ads

Friday, August 30, 2013

[ COMING SOON ] : VIKINGDOM



Filem terbitan KRU Studios ini akan menemui penonton pada 16 September ini.
Apa yang boleh dibanggakan di sini ialah, filem ini adalah sepenuhnya dari hasil kerja anak tempatan dan penggambarannya juga dilakukan di Malaysia 100%.

Filem epik arahan Yusry Abdul Halim ini dikatakan setanding dengan filem antarabangsa walaupun kosnya hanya sekitar RM20 juta berbanding filem-filem Hollywood yang rata-rata menelan kos ratusan juta.
Foto
YUSRY memberi penerangan dalam forum The Art of Vikingdom.

Bukan saja bercita rasa antarabangsa, Vikingdom turut membuktikan anak tempatan juga berupaya dalam mengendalikan sebuah produksi besar membabitkan rekaan set, kesan khas mekap, pakaian dan sebagainya.

Vikingdom menampilkan barisan pelakon yang pernah membintangi filem-filem hebat Hollywood seperti Dominic Purcell yang juga pelakon utama siri TV popular Prison Break, Mission: Impossible II dan Blade; Natasha Malthe (Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief, This Means War dan Elektra); Conan Stevens ( The Hobbit: An Unexpected Journey dan True Legend); Craig Fairbras (The Bank Job, Cliffhanger) dan John Foo (Tekken dan Universal Soldier: Regenaration).

Baru-baru ini, hasil kerja individu yang terbabit di sebalik tabir pembikinan filem berkenaan dipersembahkan dalam forum The Art of Vikingdon anjuran KRU Studios dan TGV Cinemas di Petaling Jaya.

Produser Vikingdom, Norman Abdul Halim berkata, penayangan The Art of Vikingdom adalah penting bagi berkongsi pengalaman dan ilmu di sebalik pembikinan filem buatan Malaysia untuk pasaran global ini oleh tenaga kerja penerbitan rakyat Malaysia di sebalik lakonan pelakon-pelakon dari Hollywood.

“Saya gelarkan mereka yang terbabit ini sebagai ‘unsung heroes’ atau wira-wira yang tidak didendangkan kerana biasanya sesudah tamat sesebuah filem, penonton akan terus balik serta jarang melihat barisan nama orang kuat produksi yang dipaparkan dalam skrin pawagam.

“Sebenarnya tanpa mereka ini maka tidak akan sempurnalah pembikinan sebuah filem, begitu juga naskhah Vikingdom yang sudah lama ada dalam simpanan kami. Justeru, forum ini adalah untuk memperkenalkan mereka, sekali gus memaparkan proses dari mula proses membina rekaan set, kostum, prop dan solekan kesan khas untuk kita wujudkan era ‘Viking’ ke layar perak,” katanya.

Selain Norman dan Yusry, turut hadir pada majlis berkenaan ialah individu penting di sebalik pembikinan Vikingdom seperti Tommy Mansur selaku Pereka Produksi, Monica Lee (Pereka Solekan Kesan Khas), Rosada Abdul Hamid (Pereka Kostum), serta tiga Pengarah Seni iaitu Paul Hasham, David Tang dan Sherwin Nunis.

Ia dirasmikan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Afendi Hamdan.

Norman berkata, tekanan yang dihadapinya dalam menghasilkan filem bermutu ialah kekangan bajet.

“Jika di Hollywood mereka boleh melabur ratusan juta untuk menghasilkan sebuah filem epik, sebaliknya kita harus menggunakan kreativiti dalam kemudahan yang terbatas,” katanya.

Dalam pada itu, selaku pengarah Yusry enggan filemnya dibandingkan dengan mana-mana filem epik sedia ada.

“Filem ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana filem epik atau sejarah yang benar-benar berlaku. Setiap watak dalam filem ini adalah mengikut skrip asal dan diubah suai mengikut apa yang saya fikirkan sesuai,” katanya.

Jelasnya, beberapa watak dalam filem ini seperti Thor yang diambil dari komik Marvel juga mempunyai karakter berbeza.

“Biasanya Thor adalah adiwira yang baik dan berambut kuning tapi dalam cerita ini saya jadikan dia berwatak antagonis dan berambut merah, tidak seperti cerita biasa. Apabila membabitkan pembikinan filem yang dihasilkan bukan berdasarkan fakta sejarah, pengarah bebas untuk berimaginasi,” katanya.

Yusry berkata, pihaknya melakukan perancangan teliti untuk menghasilkan filem ini dan ia terbukti dengan tempoh penggambaran yang memakan masa lebih dua bulan dan setahun untuk proses suntingan.

“Itu tidak termasuk proses rujukan dan membangunkan skrip kerana idea untuk menghasilkan filem ini sudah berada dalam simpanan kami sebelum menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa lagi.

Vikingdom berlatarkan zaman pertarungan besi yang membawa pertembungan antara sejarah dan mitos. Filem berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah serta mitos Viking itu dikukuhkan dengan aksi pertarungan serta garapan Teknik Janaan Komputer (CGI) yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu.

Pembikinannya juga memiliki persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana ‘surreal’ bagi filem aksi ini.

“Kami tidak punya bajet besar untuk menerbangkan warga produksi ke luar negara. Justeru, kami memutuskan penggambaran dilakukan 100 peratus di Malaysia dan cabaran utama ialah mencari kawasan yang hampir sama dengan luar negara.

“Bagaimanapun, akhirnya kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Namun, sepanjang 10 hari penggambaran dilakukan di situ suasana sungguh terik dan sedikit sebanyak mengganggu sedikit mental dan fizikal pelakon kami termasuk juga warga produksi.

“Selain itu kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie’s Castle di Perak serta di Filem Negara,” katanya.

Kellie's Castle, Perak
Yusry berkata, filem ini adalah sebagai percubaan KRU Studios memasuki pasaran luar negara.

“Kami cuba buat filem yang lebih umum dan boleh diterima semua kaum dan bukan hanya terbatas dalam kalangan penonton Melayu saja.

“Ini juga salah satu langkah untuk menembusi pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kebanyakan negara luar mahu filem menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.

Vikingdom akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 September depan manakala di Amerika Syarikat ia akan dilancarkan pada 4 Oktober oleh Epic Pictures.

Selain itu, pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk mengedarkan filem ini ke United Kingdom, Australia, New Zealand dan negara-negara Scandinavia.

- sumber dari Harian Metro

Wednesday, August 28, 2013

[ NOW SHOWING ] : TANDA PUTERA

Akhirnya, filem Tanda Putera ini masuk juga ke panggung. Begitulah reaksi beberapa golongan yang telah menjadi tulang belakang bagi filem ini. Setelah tertunda sebanyak 2 kali, filem ini akan menemui anda semua pada hari ini, 29 Ogos 2013. Tarikh ini sesuai dengan sehangatan sambutan Hari Kemerdekaan kita pada tahun ini.

Filem ini mengisahkan tentang perjuangan sebenar bekas pemimpin negara kita Tun Abdul Razak. Kisah ini menceritakan perjalan hidup beliau dan juga Tun Dr Ismail sebagai Timbalan beliau.

Sememangnya industri perfileman negara kita sudah agak pupus dengan cerita-cerita sejarah dan kebangsaan. Seringkali tiba Hari Kemerdekaan, kebiasaannya kita akan disajikan dengan cerita seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong dll. Kehadiran Tanda Putera ini akan dapat menyerikan lagi filem ber-gendre sejarah ini.





Filem ini juga dikatan HARAM DITAYANGKAN di negeri Pulau Pinang. Kenapa ya? Adakah kerana ejekan yang pernah diberikan dahulu kepada orang Melayu oleh PRO DAP dahulu?

Apapun, filem ini antara filem yang terbaik untuk tontonan anak-anak muda remaja yang semakin buta sejarah dan tiada semangat kebangsaan.



Syabas Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana berusaha membawa filem gendre ini ke layar lebar.






JOM RAMAI-RAMAI PERGI!

Thursday, August 22, 2013

[ GOSIP ] : PEMINAT PERTIKAI RANTAI LEHER JEHAN & ISTERI

Jehan Miskin telah memuat-naik gambar beliau bersama isteri dengan memakai rantai leher yang sama.


Peminat atau mungkin boleh dikatakan sebagai " Haters" mula mempertikaikan bahawa loket berkenaan adalah tanda salib.

Cuba tengok betul-betul. Adakah itu tanda salib? Kerana mengikut kata Jehan, loket berkenaan adalah lambang pengakap.

Mungkin haters tak masuk pengakap dulu kot.~ Kan?


Friday, August 16, 2013

[ FILM REVIEW ] : THE CONJURING

Tonton cerita ini jika anda suka : Excorcist, Mama



Berdasarkan dari cerita sebenar..


Kalau ada yang masih belum berkesempatan tonton cerita ni, saya sarankan PERGI TENGOK. Terutamanya jika anda penggemar cerita-cerita hantu.

The Conjuring ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang dialami satu keluarga dan diceritakan kembali oleh keluarga Warren iaitu suami isteri yang bertindak sebagai penghalau hantu. Segalanya bermula  apabila sebuah keluarga berpindah ke satu rumah di hujung kota. Rumah berkenaan yang dahulunya pernah didiami oleh seorang ahli sihir dan berbagai jenis roh yang tidak tenteram turut menghuni rumah itu. pelbagai kejadian aneh mula dirasai oleh keluarga itu sehingga mereka terpaksa mencari Ed & lorraine Warren supaya dapat menghalau hantu-hantu berkenaan.




Berbeza dari cerita seram sebelum ini d mana penonton sudah boleh menjangkakan scene-scene seram. Tetapi, filem ini lain dari yang lain dan penampakkan hantunya sememang mengejutkan dan tidak terjangka sekali.

Kepada abang-abang macho yang mungkin dan tengok cerita ini, disarankan tidak pergi bersama awek-awek anda kerana akan hilang kemacho-an anda sama sekali.

Kepada awek-awek, kalau boifren anda mengajak untuk menonton filem ini disarankan tidak sama sekali. Kerana boifren anda hanya ingin mengambil kesempatan ke atas anda apabila anda terkejut akan aksi seram dalam filem. hahah!









Untuk filem ini, saya beri : WAJIB TENGOK