Nuffnang Ads

Monday, December 30, 2013

[ TEATER ] : BAHAYANYA WANITA


Bahayanya Wanita merupakan sebuah pementasan teater yang sedang berlangsung di Istana Budaya. Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, sila beli dengan segera kerana esok merupakan tarikh terakhir pementasan teater ini.



Teater ini sememangnya mempunyai jalan penceritaan yang bagus dan menyentuh tentang isu poligami. Antara tunggak utama teater ini ialah

1) Zizan Razak - Syed Maadon Al Atas
2) Umie Aida - Sharifah Fatimah Maruka ( Isteri pertama)
3) Erra Fazira - Camelia ( Isteri kedua)
4) Nora Danish - Farhana ( Isteri ke 3)
5) Erma Fatima - Suti Lambong ( Isteri ke 4)

Rata-rata sudah mengetahui pastinya Zizan Razak akan menyelitkan lawak-lawak spontan yang pastinya membuatkan anda tak kering gusi sepanjang pementasan. Lagu-lagu yang dihasilkan juga cukup menarik.



Untuk teater ini, saya berikan ..

5 Bintang! :)

Tahniah kepada semua pelakon dan krew-krew yang menjayakan pementasan ini. Rasa macam nak tengok sekali lagi!





Sunday, October 6, 2013

[ NOW SHOWING ] : KL GANGSTER 2





Mungkin ramai dikalangan kita yang sudahpun menonton filem ini secara haram sebulan sebelum tayangan yang sepatutnya, kan?

Kepada anda yang sememangnya sayangkan industri perfileman dan sememangnya menitik beratkan soal kepuasan menonton, filem ini menjanjikan kepuasan yang semestinya membuatkan anda tidak menyesal.

Kutipan filem pertama, KL Gangster sebelum ini berjaya mencecah 11 juta, KLG2 ini dirasakan boleh mendapat kutipan sebegitu rupa juga walaupun telah dicetak rompak. Jalan penceritaan yang menarik dan semestinya penuh dengan aksi-aksi hebat yang ditunjukkan.

Betul kata Rosyam Nor selaku " tailong" dalam filem ini. Sepanjang beliau dalam industri perfileman dan berbagai watak gangster telah dilakonkan seperti Castelo dll, tailong dalam KLG2 ini sememangnya lebih ekstrem dari watak yang beliau lakonkan sebelum ini. Jadi, siapa kata Rosyam Nor telah hilang bisa gangsternya?

Walau telah dicetak rompak, KLG2 dikatakan mendapat kutipan lebih kurang 700,00 dihari pertama tayangannya. Ini merupakan satu permulaan yang baik dan Syamsul Yusof sepatutnya memperbanyakkan lagi promosi-promosi yang boleh menarik ramai lg penonton ke panggung.Syamsul yang dikatakan mengelakkan diri dari terlibat dalam mana-mana promosi filem ini sepatutnya tidak berputus asa dan berganding bahu bersama pelakon untuk menjayakan filem ini.

Dengan kehebatan filem KLG2 ini, pada pendapat saya ianya mampu mengulangi kejayaan filem pertamanya.


Jadi, tidak kisahlah jika anda sudah menonton secara haram atau belum, saya sarankan agar filem ini menjadi filem pertama yang menjadi pilihan anda sewaktu membeli tiket.

Untuk filem ini saya bagi : MESTI TONTON!

Thursday, September 12, 2013

[ NOW SHOWING ] : LAGENDA BUDAK HOSTEL


SINOPSIS:

Mengisahkan pelajar hostel Kodan (Along Cham) dan Put ( Along Eyzendy) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Mereka digeruni pelajar lain kerana selalu terlibat dalam kes buli. Mereka juga bersaing merebut hati Seroja (Nora Danish) anak kepada Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Muncul pelajar baru Kicap (Epy Raja Lawak) yang menyuruh mereka bersaing untuk memenangi hati Seroja dan bertanding memenangi kerusi pelajar agar dapat memikat Seroja. Pelbagai taktik dilakukan untuk mendapatkan Seroja namun siapakah di antara mereka berdua yang bakal menemui kejayaan?

Klasifikasi: P13
Genre: Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 12 September 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Along Raja Lawak, Along Eyzendy, Angah Raja Lawak, Nora Danish, Epy Raja Lawak






Jom layan The Making Of pulak :



Pendapat aku :

Mungkin ada ramai antara kita yang pernah duduk hostel kan? Jadi rasanya filem ini sesuai untuk kita-kita yang pernah rasa makan maggi dalam baldi, tiup kipas sampai berpusing, april fool..yang boleh imbau balik kenangan zaman sekolah dulu. Heheh..Jom kite serbu panggung plak!





Wednesday, September 11, 2013

[ LATEST ] : ADI PUTRA TIDAK KENAL WANITA SKANDAL ITU

Semua tahu bahawa Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Haadi Putera sedang berdepan dengan gosip yang mungkin boleh membawa beliau menjalani hukuman penjara selama 5 tahun SEKIRANYA disabit bersalah.

Adi Putra yang selama ini mengambil langkah mendiamkan diri telah pun membuat satu sidang media bagi menjelaskan kedudukan beliau sekarang ini. Jelas sekali Adi begitu tenang menghadapi dugaan ini. Kami doakan semoga Adi Putra dan isteri sentiasa tabah untuk menghadapi dugaan ini. 


Video dari: http://www.murai.com.my 

Tuesday, September 10, 2013

[ NOW SHOWING ] : PSIKO PENCURI HATI


Sinopsis :

Psiko Pencuri Hati ini mengisahkan seorang penulis novel bernama Sidi ( Bront ) yang membuat kajian tentang novel yang ingin ditulisnya yang berkisah tentang seorang pembunuh bersiri. Pebunuh bersiri ini dipanggil pencuri hati kerana apabila sudah membunuh, dia akan mencuri hati si mangsa tadi.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Drama / Suspens
Tarikh Tayangan: 5 September 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: ALTERNATE PICTURES SDN BHD
Pengarah: Namron
Pelakon: Bront Palarae, Syed Hussein Syed Mustafa, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Ayob, Julia Ziegler



Pendapat aku:

Psiko Pencuri Hati (PPH)  ini merupakan antara filem yang lain dari lain. Saat industri perfileman negara sarat dengan filem-filem gangsterisme, PPH dilihat tentang lodakan jiwa seorang penulis demi menghayati watak dalam novel yang ditulisnya. Kepada peminat filem tanahair. jangan lupa saksikan filem ini kerana pastinya ia akan memberikan kelainan kepada anda semua



Wednesday, September 4, 2013

[ LATEST ] : LAWAK KE DER 3 TANPA JOZAN





Setelah mendapat sambutan hangat untuk Lawak Ke Der 1 & 2, Hans Isaac meneruskan legasi Lawak Ke Der yang ke 3.

Bezanya kali ini, hanya Nabil dan Harith sahaja yang masih kekal di pentas Lawak Ke Der dan akan ditambah dengan kehadiran Doughlas Lim dan juga Jambu bagi menggantikan Jozan dan Boboi. Hans tidak gentar mempertaruhkan LKD 3 tanpa Jozan kerana percaya pembaharuan yang dibuat itu bagi memberi peluang kepada pelawak-pelawak yang lain untuk beraksi dan bukan mengekalkan wajah yang sama.

Jozan tidak akan beraksi di pentas Lawak Ke Der 3

Perubahan itu juga dianggap dapat memberikan input lawak yang lebih segar pada peminat Lawak Ke Der.

Kepada yang ingin membeli tiket, terus lawati ke laman web ticket2u.biz atau terus ke Istana Budaya. Harga tiket bermula dari Rm 43 hingga 200




Tuesday, September 3, 2013

[ LATEST ] : HANS MERAJUK! TAK MAHU FILEMKAN LAWAK KE DER 3

Gara-gara kerana kutipan filem Lemak Kampung Santan hanya mencecah RM 120,000 , Hans mengambil keputusan untuk tidak mahu memfilemkan Lawak Ke Der 3 yang akan menemui peminat di Istana Budaya Oktober ini.

Kerana kekecewaan Hans terhadap peminat industri filem, beliau akan mengotakan janji seperti yang diberitahu menerusi laman social.



"Saya telah beritahu di laman sosial bahawa saya tidak akan terlibat dengan industri perfileman lagi sehinggalah saya nampak perubahan. Jadi, saya akan kotakan apa yang saya kata sebelum ini. Lawak Ke Der 3 tidak akan ke panggung."


Hans nampak begitu kecewa dengan industri perfileman kerana beliau telah membelanjakan lebih RM750,000 untuk promosi filem Lemak Kampung Santan tetapi hanya mendapat pulangan sebanyak RM120,000 sahaja.

Apa-apapun, sekiranya anda ingin menonton Lawak Ke Der yang akan dipentaskan pada 3-6 Oktober ini, bolehlah menempah tiket di  http://ticket2u.biz/  .


Sunday, September 1, 2013

[ LATEST ] : AKADEMI FANTASIA & PAKAIAN KETAT

Fida yang sedang hangat dengan isu pakaian ketat ini telah pun menjawab kesemua 'tembakan' measyarakat dengan menyakatan bahawa itu adalah gambar untuk sesi photoshoot 1 produk pelansingan yang telah melantiknya menjadi duta produk tersebut.



Fida juga menyatakan bahawa untuk menampakkan hasil produk pelansingan itu, Fida harus memakai pakaian yang menampakkan 'hasil' ditubuhnya. Tambah Fida lagi, " takkan saya nk pakai baju kelawar pula'!.

Hahahah...

Fida juga antara yang individu terpilih bagi menyertai Akademi Fantasia 2013. Kata Fida lagi, beliau ingin menyertai AF adalah untuk menimba ilmu terutama di bidang nyanyian dan ini bukan  kali pertama Fida menyertai ujibakat AF dan pernah menyimpan hasrat ungun menjadi salah seorang dari peserta AF sejak dari awal program ini diwujudkan.


Dari kita dok mengata Fida dengan pakaian ketatnya, eloklah kita doakan beliau supaya berjaya dalam Konser Prelude AF yang akan diadakan pada 6 September ini. Semoga impian beliau tercapai.




[ TERKINI ] : PUTERI SARAH INGIN BERSARA

Selepas membuat penghijrahan dalam penampilan beliau, Puteri Sarah telah menyatakan hasrat beliau ingin berhenti berlakon.

Setelah dilemparkan dengan pelbagai cacian dan tohmahan selepas bertudung, ini merupkan keputusan terakhir beliau untuk menraik diri dari industri seni.




Diharapkan dengan keputusan ini banyak pihak akan berpuas hati dan tidak sakit hati lagi dengan Puteri Sarah. Dan mari kita sama-sama doakan kebahagian beliau dan kejayaan untuk melakukan penghijrahan ini.



Friday, August 30, 2013

[ COMING SOON ] : VIKINGDOM



Filem terbitan KRU Studios ini akan menemui penonton pada 16 September ini.
Apa yang boleh dibanggakan di sini ialah, filem ini adalah sepenuhnya dari hasil kerja anak tempatan dan penggambarannya juga dilakukan di Malaysia 100%.

Filem epik arahan Yusry Abdul Halim ini dikatakan setanding dengan filem antarabangsa walaupun kosnya hanya sekitar RM20 juta berbanding filem-filem Hollywood yang rata-rata menelan kos ratusan juta.
Foto
YUSRY memberi penerangan dalam forum The Art of Vikingdom.

Bukan saja bercita rasa antarabangsa, Vikingdom turut membuktikan anak tempatan juga berupaya dalam mengendalikan sebuah produksi besar membabitkan rekaan set, kesan khas mekap, pakaian dan sebagainya.

Vikingdom menampilkan barisan pelakon yang pernah membintangi filem-filem hebat Hollywood seperti Dominic Purcell yang juga pelakon utama siri TV popular Prison Break, Mission: Impossible II dan Blade; Natasha Malthe (Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief, This Means War dan Elektra); Conan Stevens ( The Hobbit: An Unexpected Journey dan True Legend); Craig Fairbras (The Bank Job, Cliffhanger) dan John Foo (Tekken dan Universal Soldier: Regenaration).

Baru-baru ini, hasil kerja individu yang terbabit di sebalik tabir pembikinan filem berkenaan dipersembahkan dalam forum The Art of Vikingdon anjuran KRU Studios dan TGV Cinemas di Petaling Jaya.

Produser Vikingdom, Norman Abdul Halim berkata, penayangan The Art of Vikingdom adalah penting bagi berkongsi pengalaman dan ilmu di sebalik pembikinan filem buatan Malaysia untuk pasaran global ini oleh tenaga kerja penerbitan rakyat Malaysia di sebalik lakonan pelakon-pelakon dari Hollywood.

“Saya gelarkan mereka yang terbabit ini sebagai ‘unsung heroes’ atau wira-wira yang tidak didendangkan kerana biasanya sesudah tamat sesebuah filem, penonton akan terus balik serta jarang melihat barisan nama orang kuat produksi yang dipaparkan dalam skrin pawagam.

“Sebenarnya tanpa mereka ini maka tidak akan sempurnalah pembikinan sebuah filem, begitu juga naskhah Vikingdom yang sudah lama ada dalam simpanan kami. Justeru, forum ini adalah untuk memperkenalkan mereka, sekali gus memaparkan proses dari mula proses membina rekaan set, kostum, prop dan solekan kesan khas untuk kita wujudkan era ‘Viking’ ke layar perak,” katanya.

Selain Norman dan Yusry, turut hadir pada majlis berkenaan ialah individu penting di sebalik pembikinan Vikingdom seperti Tommy Mansur selaku Pereka Produksi, Monica Lee (Pereka Solekan Kesan Khas), Rosada Abdul Hamid (Pereka Kostum), serta tiga Pengarah Seni iaitu Paul Hasham, David Tang dan Sherwin Nunis.

Ia dirasmikan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Afendi Hamdan.

Norman berkata, tekanan yang dihadapinya dalam menghasilkan filem bermutu ialah kekangan bajet.

“Jika di Hollywood mereka boleh melabur ratusan juta untuk menghasilkan sebuah filem epik, sebaliknya kita harus menggunakan kreativiti dalam kemudahan yang terbatas,” katanya.

Dalam pada itu, selaku pengarah Yusry enggan filemnya dibandingkan dengan mana-mana filem epik sedia ada.

“Filem ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana filem epik atau sejarah yang benar-benar berlaku. Setiap watak dalam filem ini adalah mengikut skrip asal dan diubah suai mengikut apa yang saya fikirkan sesuai,” katanya.

Jelasnya, beberapa watak dalam filem ini seperti Thor yang diambil dari komik Marvel juga mempunyai karakter berbeza.

“Biasanya Thor adalah adiwira yang baik dan berambut kuning tapi dalam cerita ini saya jadikan dia berwatak antagonis dan berambut merah, tidak seperti cerita biasa. Apabila membabitkan pembikinan filem yang dihasilkan bukan berdasarkan fakta sejarah, pengarah bebas untuk berimaginasi,” katanya.

Yusry berkata, pihaknya melakukan perancangan teliti untuk menghasilkan filem ini dan ia terbukti dengan tempoh penggambaran yang memakan masa lebih dua bulan dan setahun untuk proses suntingan.

“Itu tidak termasuk proses rujukan dan membangunkan skrip kerana idea untuk menghasilkan filem ini sudah berada dalam simpanan kami sebelum menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa lagi.

Vikingdom berlatarkan zaman pertarungan besi yang membawa pertembungan antara sejarah dan mitos. Filem berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah serta mitos Viking itu dikukuhkan dengan aksi pertarungan serta garapan Teknik Janaan Komputer (CGI) yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu.

Pembikinannya juga memiliki persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana ‘surreal’ bagi filem aksi ini.

“Kami tidak punya bajet besar untuk menerbangkan warga produksi ke luar negara. Justeru, kami memutuskan penggambaran dilakukan 100 peratus di Malaysia dan cabaran utama ialah mencari kawasan yang hampir sama dengan luar negara.

“Bagaimanapun, akhirnya kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Namun, sepanjang 10 hari penggambaran dilakukan di situ suasana sungguh terik dan sedikit sebanyak mengganggu sedikit mental dan fizikal pelakon kami termasuk juga warga produksi.

“Selain itu kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie’s Castle di Perak serta di Filem Negara,” katanya.

Kellie's Castle, Perak
Yusry berkata, filem ini adalah sebagai percubaan KRU Studios memasuki pasaran luar negara.

“Kami cuba buat filem yang lebih umum dan boleh diterima semua kaum dan bukan hanya terbatas dalam kalangan penonton Melayu saja.

“Ini juga salah satu langkah untuk menembusi pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kebanyakan negara luar mahu filem menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.

Vikingdom akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 September depan manakala di Amerika Syarikat ia akan dilancarkan pada 4 Oktober oleh Epic Pictures.

Selain itu, pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk mengedarkan filem ini ke United Kingdom, Australia, New Zealand dan negara-negara Scandinavia.

- sumber dari Harian Metro

Wednesday, August 28, 2013

[ NOW SHOWING ] : TANDA PUTERA

Akhirnya, filem Tanda Putera ini masuk juga ke panggung. Begitulah reaksi beberapa golongan yang telah menjadi tulang belakang bagi filem ini. Setelah tertunda sebanyak 2 kali, filem ini akan menemui anda semua pada hari ini, 29 Ogos 2013. Tarikh ini sesuai dengan sehangatan sambutan Hari Kemerdekaan kita pada tahun ini.

Filem ini mengisahkan tentang perjuangan sebenar bekas pemimpin negara kita Tun Abdul Razak. Kisah ini menceritakan perjalan hidup beliau dan juga Tun Dr Ismail sebagai Timbalan beliau.

Sememangnya industri perfileman negara kita sudah agak pupus dengan cerita-cerita sejarah dan kebangsaan. Seringkali tiba Hari Kemerdekaan, kebiasaannya kita akan disajikan dengan cerita seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong dll. Kehadiran Tanda Putera ini akan dapat menyerikan lagi filem ber-gendre sejarah ini.





Filem ini juga dikatan HARAM DITAYANGKAN di negeri Pulau Pinang. Kenapa ya? Adakah kerana ejekan yang pernah diberikan dahulu kepada orang Melayu oleh PRO DAP dahulu?

Apapun, filem ini antara filem yang terbaik untuk tontonan anak-anak muda remaja yang semakin buta sejarah dan tiada semangat kebangsaan.



Syabas Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana berusaha membawa filem gendre ini ke layar lebar.






JOM RAMAI-RAMAI PERGI!

Thursday, August 22, 2013

[ GOSIP ] : PEMINAT PERTIKAI RANTAI LEHER JEHAN & ISTERI

Jehan Miskin telah memuat-naik gambar beliau bersama isteri dengan memakai rantai leher yang sama.


Peminat atau mungkin boleh dikatakan sebagai " Haters" mula mempertikaikan bahawa loket berkenaan adalah tanda salib.

Cuba tengok betul-betul. Adakah itu tanda salib? Kerana mengikut kata Jehan, loket berkenaan adalah lambang pengakap.

Mungkin haters tak masuk pengakap dulu kot.~ Kan?


Friday, August 16, 2013

[ FILM REVIEW ] : THE CONJURING

Tonton cerita ini jika anda suka : Excorcist, Mama



Berdasarkan dari cerita sebenar..


Kalau ada yang masih belum berkesempatan tonton cerita ni, saya sarankan PERGI TENGOK. Terutamanya jika anda penggemar cerita-cerita hantu.

The Conjuring ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang dialami satu keluarga dan diceritakan kembali oleh keluarga Warren iaitu suami isteri yang bertindak sebagai penghalau hantu. Segalanya bermula  apabila sebuah keluarga berpindah ke satu rumah di hujung kota. Rumah berkenaan yang dahulunya pernah didiami oleh seorang ahli sihir dan berbagai jenis roh yang tidak tenteram turut menghuni rumah itu. pelbagai kejadian aneh mula dirasai oleh keluarga itu sehingga mereka terpaksa mencari Ed & lorraine Warren supaya dapat menghalau hantu-hantu berkenaan.




Berbeza dari cerita seram sebelum ini d mana penonton sudah boleh menjangkakan scene-scene seram. Tetapi, filem ini lain dari yang lain dan penampakkan hantunya sememang mengejutkan dan tidak terjangka sekali.

Kepada abang-abang macho yang mungkin dan tengok cerita ini, disarankan tidak pergi bersama awek-awek anda kerana akan hilang kemacho-an anda sama sekali.

Kepada awek-awek, kalau boifren anda mengajak untuk menonton filem ini disarankan tidak sama sekali. Kerana boifren anda hanya ingin mengambil kesempatan ke atas anda apabila anda terkejut akan aksi seram dalam filem. hahah!









Untuk filem ini, saya beri : WAJIB TENGOK



Tuesday, July 2, 2013

[ Review Film ] : WHITE HOUSE DOWN



Sinopsis :

John ( Channing Tatum ) telah dipanggil untuk sesi temuduga di White House. Pada masa yang sama, anaknya Emily amat meminati hal-hal politik dan John telah berjaya mendapatkan pas lawatan untuk anaknya.Semasa lawatan, telah berlaku 1 letupan dan menyebabkan keadaan di dalam White House kucar kacir. Menteri-menteri kabinet dan juga VIP separuhnya telah berjaya dikeluarkan tetapi, Presiden masih lagi berada di dalam rumah beliau.John mengambil keputusan untuk menyelamatkan Presiden dan menyelamatkan anaknya yang telah ditangkap menjadi tebusan pengganas.

Tonton jika anda suka : Olympus Has Fallen







Kata aku :

Jalan cerita ini sama konsepnya dengan Olympus Has Fallen. Cuma watak sahaja berbeza. Aksi yang dibawa juga menarik dan menampakkan detik-detik cemas itu dengan berjaya.

Untuk keseluruhan, aku bagi cite ni..: OK Lah~

Thursday, April 18, 2013

FILEM REVIEW : OBLIVION


Filem arahan dan terbitan oleh : Joseph Kosinski
Pelakon : Tom Cruise, Olga Kurylenko, Andrea Riseborough, Morgon Freeman

Sinopsis : 

Sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan tentang Jack Harper (Tom Cruise) dan Victoria (Andrea Riseborough) yang ditugaskan untuk membersihkan dan membaiki pesawat-pesawat yang rosak di bumi.Sebahagian daripada misi mereka adalah untuk mendapatkan sumber-sumber yang penting dari Bumi dan menghapuskan ancaman menakutkan yang dikenali sebagai Scavs atau pemangsa.  Dalam dua minggu, misi mereka akan berakhir dan mereka akan kembali ke Titan, di mana manusia yang tinggal akan dipindahkan selepas berdekad-dekad peperangan dengan Scavs. Semasa Jack menjalankan tugasnya, beliau telah menyelamatkan seorang wanita yang telah terhempas dari kapal angkasa yang juga merupakan  wajah yang selalu muncul didalam mimpi Jack. 







Jack telah ditangkap oleh Malcolm Beech (Morgan Freeman) yang disangkanya makhluk asing merupakan manusia dan menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi di Bumi. Wanita yang diselamatkan tersebut merupakan isteri Jack, (Julia) mereka merupakan angkasawan yang telah mengorbitkan mengelilingi bumi selama 60 tahun. Jack dan Victoria telah diklonkan dan dipadamkan memorinya oleh pegawai atasannya yang sebenarnya makhluk asing. Malcolm telah bercadang untuk meletupkan kubu utama makhluk asing tersebut (Tet) dan juga telah merelakan diri bersama Jack untuk misi peletupan tersebut.





Wednesday, April 10, 2013

FILM REVIEW : LANGGAR




" Memang aku gila, tapi kau yang nak mati"

INFO FILEM

Tarikh Tayangan : 11 April 2013
Pengarah : Syed Hussein ( Sein )
Terbitan : Tayangan Unggul
Penerbit Eksekutif : Gayatri Su- Lin Pillai
Pelakon : Adi Putra, Namron, Hans Isaac, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Natasha Hudson


SINOPSIS


Adi Putra - Nizam

"Langgar mengisahkan Nizam lakonan Adi Putra yang ingin menuntut bela ke atas kematian isterinya akibat dibunuh oleh gangster. Seorang demi seorang yang terlibat dalam pembunuhan itu mesti dihapuskan.

Nizam diuji oleh Loy
Nizam diperkenalkan dengan Radzi ( Namron ) oleh kawannya Khairul ( Bell ) dan mula mengikut kumpulan Radzi atas tunjuk ajar Loy ( Zul Huzaimy) iaitu orang kanan Radzi. Nizam tahu yang dia sudah berada di landasan yang betul bagi menuntut bela kematian isterinya.

Radzi merupakan ketua kumpulan gangster dan menjalankan perniagaan penjualan dadah yang dibekalkan oleh Jimi ( Hans Isaac ). Perniagaan Radzi semakin berkembang dan dicemburui oleh geng Mail ( Khir Rahman ). Pelbagai konflik timbul antara mereka yang menyebabkan perhubungan mereka berantakan sesama sendiri.

Geng Mail

Radzi bersama Amanda
Hans - Jimi
Nizam semakin kuat, berani dan makin dipecayai oleh Loy dan Radzi. Kini masa untuk Nizam membalas dendam! Siapakah pembunuh isteri Nizam dan apakah Nizam berjaya menumpaskan pembunuh isterinya?"

PENDAPAT AKU :


 Bagi aku, filem ini setanding dengan KL GANGSTER. Aksi yang ditampilkan begitu dramatik dan dasyat. Jika sekarang kita disajikan dengan lakonan Adi Putra yang begitu romantis di kaca TV, namun filem ini sekali lagi menampilkan watak Adi Putra yang begitu ganas.

Jalan penceritaan yang cukup cantik dan watak-watak yang terlibat juga menguatkan lagi jalan penceritaannya.

Untuk filem ini, aku bagi : WAJIB TONTON