Tonton cerita ini jika anda suka : Excorcist, Mama
Berdasarkan dari cerita sebenar..
Kalau ada yang masih belum berkesempatan tonton cerita ni, saya sarankan PERGI TENGOK. Terutamanya jika anda penggemar cerita-cerita hantu.
The Conjuring ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang dialami satu keluarga dan diceritakan kembali oleh keluarga Warren iaitu suami isteri yang bertindak sebagai penghalau hantu. Segalanya bermula apabila sebuah keluarga berpindah ke satu rumah di hujung kota. Rumah berkenaan yang dahulunya pernah didiami oleh seorang ahli sihir dan berbagai jenis roh yang tidak tenteram turut menghuni rumah itu. pelbagai kejadian aneh mula dirasai oleh keluarga itu sehingga mereka terpaksa mencari Ed & lorraine Warren supaya dapat menghalau hantu-hantu berkenaan.
Berbeza dari cerita seram sebelum ini d mana penonton sudah boleh menjangkakan scene-scene seram. Tetapi, filem ini lain dari yang lain dan penampakkan hantunya sememang mengejutkan dan tidak terjangka sekali.
Kepada abang-abang macho yang mungkin dan tengok cerita ini, disarankan tidak pergi bersama awek-awek anda kerana akan hilang kemacho-an anda sama sekali.
Kepada awek-awek, kalau boifren anda mengajak untuk menonton filem ini disarankan tidak sama sekali. Kerana boifren anda hanya ingin mengambil kesempatan ke atas anda apabila anda terkejut akan aksi seram dalam filem. hahah!
Untuk filem ini, saya beri : WAJIB TENGOK
No comments:
Post a Comment