Tayangan khas filem ini telah diadakan di GSC Midvalley semalam untuk media, bloggers dan juga rakan-rakan niaga.
Filem arahan Mamat Khalid sering mendapat perhatian ramai apatah lagi selepas kejayaan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kali ini, sutradara Mamat Khalid telah kembali dengan sambungan filem sebelum itu yg bertajuk, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit.
Filem ini juga merupakan antara filem terakhir Allahyarham Zami Ismail.
Pendapat aku:
Jalan penceritaan filem ini agak biasa dan lebih kurang dengan filem sebelumnya. Ada beberapa perkara yang agak samar dalam pemikiran aku. Kalau sebelum ini filem2 Mamat Khalid lebih menampilkan komedi dari seram ( 80 - 20 ) tapi kali ini:
Lawak : 50%
Seram : 50%
Sekata semua. walaubagaimanapun, apa yang dapat dikatakan, filem ini semestinya akan membuatkan anda tak kering gusi sewaktu menonton. Kalau nak tahu apa jadi pada Husin lakonan Awie, pastikan anda menanti kemunculan filem ini dipawagam berdekatan pada 7 Februari ini.
Jom layan trailer dulu ..
No comments:
Post a Comment