Nuffnang Ads

Thursday, January 31, 2013

EVENTS : KARNIVAL KARANGKRAF 2013


BERITA BAIK!!

Kepada anda yang mungkin gila novel, gila majalah dan gilakan buku-buku, bolehlah berkunjung ke Seksyen 15 Shah Alam kerana sedang berlangsung Karnival Karangkraf untuk tahun 2013 ini.

Apa yang menarik, ini ialah masa yang sesuai kepada anda yang berminat untuk membuat langganan sebarang majalah atau cetakan keluaran Kumpulan Karangkraf, keran 25% potongan akan diberikan.

Pelbagai acara akan dijalankan.





Pendapat Aku :

BANGSA MEMBACA, BANGSA BERILMU!


Tuesday, January 29, 2013

MOVIE REVIEW : HANSEL & GRETEL





Seperti biasa, hujung minggu duit abes bayar kat panggung and kali ni saya menonton cerita yang berunsur darah. Cerita ni bermula apabila Hansel & Gretel ditinggalkan oleh bapanya ditengah-tengah hutan Gingerbread pada waktu malam tanpa sebab dan mereka telah terjumpa rumah ahli sihir yang diperbuat dari coklat dan mereka telah ditangkap oleh ahli sihir tersebut,belum sempat ahli sihir tersebut membunuh mereka, mereka terlebih dahulu telah melawan ahli sihir tersebut dan membakarnya. Disitulah permulaan kerja dua adik beradik ini menumpaskan semua ahli sihir yang jahat. 





 Nak dijadikan cerita ada seorang ketua ahli sihir yang jahat telah merancang untuk mengadakan " Perayaan Bulan Darah " yang memerlukan 6 orang kanak-kanak perempuan dan 6 orang kanak-kanak lelaki yang lahir pada berlainanan bulan. Perayaan ini bertujuan utk mengabadikan riwayat hidup semua ahli-ahli sihir yang jahat dan tidak dpt dimusnahkan walaupun dibakar. 



Keistimewaan diri Hansel & Gretel dimana mereka tidak akan terkena sihir terjawab apabila mereka mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan ahli sihir baik yang hebat tetapi telah mati dibunuh oleh penduduk kampung. Mampukah Hansel menumpaskan ahli sihir tersebut seorang diri sedangkan adiknya Gretel telah ditangkap utk ramuan terakhir perayaan tersebut....selebihnya silalah pergi panggung..;)

Pendapat Saya : 

 Bagi sayalah, cerita ni menarik, jalan cerita sedikit mengelirukan tapi bole difahami..saya sarankan kepada sesiapa yang tak suka tengok bende2 darah ataw pembunuhan yang kejam macam kepala pecah depan mata siap nampak otak2 bagai, anda harus lah bawa kain utk tutup muka ye... sebab cerita ni banyak sangat bunuh-bunuh yang kejam yang mmg tunjuk depan-depan, nama pun 18 tahun keatas, confirm la kena berani tengok. ;) Pelakon watak Gretel ini sangat comel dan mantop! Hubungan ikatan adik beradik yang kuat tapi bagi cerita ni nampak ganjal sebab adik beradik kan.. kan best kalo hero n heroin die ni pasangan bercinta. hihihih..Cerita seram tapi ada masukkan komedi . Pakaian dan alat senjata yang digunakan sangat cantik dan cool. Overall, oklah..tak berapa best sgt dan tak berapa boring sangat.

Untuk filem ini saya bagi : 




Monday, January 28, 2013

GOSSIP: NAZMI FAIZ KATA AIDIL ZAFUAN SKANDAL DGN GF-NYA


       



Haa. kita semua dikejutkan dengan kenyataan yang keluar dari tweeter Nazmi Faiz yang mengatakan girlfrendnyer menjalinkan hubungan dengan  Aidil Zafuan. Berikut ini ialah "print screen" yg diambil dari mediaputrajaya.net.


Setelah puas mem-bitchkan awek nyer itu, dan setelah puas mengata si Aidil ni, tetiba Nazmi mengeluarkan kenyataan yang berbeza pulak.


Haa.tu dia.. boleh main delete dan minta maaf je ker?

Pendapat aku : 

Nazmi, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kereta, boleh masuk gear reverse, terlajak kata, badan binasa, terlajak tweet, haaaa tunggu jek la padahnya...

Friday, January 25, 2013

FILEM REVIEW : MAMA


 MAMA



MAMA adalah sebuah cerita seram 2013 yang wajib tonton ! Tengok die punya trailer pun dah buat meremang bulu roma. Untuk lebih rasa feel membaca review ni, disini saya kepilkan trailer MAMA.


Amacam? seram tak? Cerita ini mengunakan teknik CGI yg gempak dan membuatkan saya terbawa-bawa ke dunia yg nyata..tidak percaya? cuba la tgk...Ianya mengisahkan tentang roh manusia yang tidak tenteram dan berubah menjadi hantu untuk membetulkan apa yang salah semasa waktu hidupnya.. Kisahnya bermula apabila ayah kepada Victoria dan Lily telah membunuh 2 rakan ahli perniagaaanya dan juga isterinya dan sekaligus menyebabkan ayahnya tertekan sehingga mereka terlibat dalam kemalangan semasa ayahnya membawa lari kedua-dua anaknya... Mereka terselamat dan terjumpa rumah sangat usang. Akibat terlalu sedih dengan apa telah menimpa,ayah mereka telah membuat keputusan untuk membunuh Victoria dan Lily dan belum sempat hajat ayahnye termakbul, MAMA muncul menyelamatkan Victoria dan Lily, dan sejak itulah kedua-dua budak itu dijaga oleh MAMA si hantu tersebut.






Cuba la anda bayangkan macam mana la keadaan Victoria dan Lily yg dijaga oleh hantu...macam mana rupa hantu, macam itulah rupa Victoria dan Lily tinggal dirumah usang tersebut sedangkan Lucas, adik kepada ayah mereka tak henti-henti berusaha mencari mereka berdua... Cerita ni menjadi lagi best apabila Dr. Dreyfuss cuba mengkaji siapakah MAMA yang selalu disebut oleh Victoria & Lily..Kenapakah roh ni mengikut kanak-kanak tersebut dan bolekah mereka membuang hantu tersebut yang mempunyai perasaan seperti seorang ibu....




Untuk cerita yang selebihnya boleh anda lihat di panggung..hihihih.. dan jangan lupa bawa geng jerit-jerit dalam wayang. ;)


Pendapat saya :

Jalan cerita ini sangat baik dan takde kelam kabut dan memeningkan kepala penonton yang perlu pikir bagai nak pecah kepala. Amboi ayatku, kemain lagi ..Kisah yang menyentuh nilai-nilai murni dan emosi hubungan sesebuah kekeluargaan..Hihihiihihi..Hantu die pun agak lama dah bolelah kite nak tatap wajah hantu tersebut..Pelakon kanak-kanak tersebut sangat pandai berlakon dan ada time-time yang kelakar tapi dalam keadaan serius.hummm..pahamkan situasi yg saya cuba sampaikan..Kalau tak paham, hari ini bukak website panggung and book dan silalah tonton.. Sangat berbaloi-baloi dan ending dia ada dua.. Sedih dan gembira...Cerita seram yang paling terbaik pernah saya tonton!

Untuk filem ini saya bagi : MESTI TONTON!






PANAS : ISU GAMBAR PRE WEDD LIYANA JASMAY

Makin panas dengan isu gambar pre wedding Liyana Jasmay ni sekarang kan? Ibu kepada LJ sudah mengeluarkan kenyataan yang beliau kecewa dengan tindakan fotographer yg menyiarkan gambar berkenaan dan kesal dengan apa yang berlaku.

Saiful Nang yang bertindak sebagai Jurugambar ini sudah pun membalas kenyataan ibu LJ. Jom sama-sama baca :




Respon saya : Betul ke makcik? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik?
Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula?
Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BiPop.
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah Facebook untuk memberi penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menghubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu.
Walaubagaimanapun, beliau menyatakan tentang sesi pra perkahwinan dan saya jawab yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari penggambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call-time pada jam 9.00 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Regency Kuantan Resort. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1.00 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana ‘overslept’. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Penggambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan penggambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambil gambar mengikut ‘flow’ dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya.
Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di Facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam). Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mahu cacatkan prinsip saya sendiri).
Sehingga habis penggambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang.
Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetujui secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak eksklusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment).
Kami minta kepada BH menerusi wartawan mereka untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, Liyana, kakak Lliyana, Izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSKLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat dan BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari & Scha al-Yahya dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta.
Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi,
“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawab kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya.”
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan,
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian penggambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ‘ridiculous’, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan wartawan BH yang berjaya memporakperanda hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai.
HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSKLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum penggambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang wartawan hiburan BH itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta nombor telefon dari Izuan pun tak dapat. Macam mana masalah kecil macam ini boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ini bukan artis glamor, kalau saya bersuara pun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS.
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.
SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com



Pendapat aku :

Sememangnya mula-mula aku tengok gambar pre-wedd ni, terus terkeluar perkataan " hummm..belum kahwin dah mcm ni.."

Rasanya, sendiri mo ingat la kan? Kalau ibu LJ kesal gambar ni keluar di blog, website dll patutnya ibu kepada LJ lebih kesal kenapa anaknya ambil gambar gaya ini? Dah tahu masyarakat kita memang sensitif dengan isu sebegini, buat apa cari penyakit pada awalnya.

Sememangnya ramai anak muda dan remaja yang ada mungkin lebih teruk gambarnya, tapi makcik harus ingat. Anak makcik ini public figure. Apa saja die buat, gambar apa saja die ambil akan jadi bualan.

Peringatannya, lu pikir la sendiri!

Thursday, January 24, 2013

FILEM REVIEW : JUVANA


Siapa yang tak tahu drama Juvana kan? Antara drama bersiri yang popular kat TV3 dulu. Drama ini jugalah yang menaikkan nama Johan As'ari dahulu.

Baru berkesempatan menonton filem ni hari ni dan merupakan hari pertama ditayangkan di pawagam.


Pendapat aku :

Seperti yang aku harapkan, filem ini memang memenuhi kehendak dan expectation aku. Juvana sememangnya menampilkan tentang kehidupan remaja-remaja yang membuat jenayah. Walaupun situasi masih lagi sama, akan tetapi pengarah filem ini berjaya melahirkan kelainan dalam filem berbanding dengan drama bersirinya dahulu

Barisan pelakon filem Juvana
 Walaupun watak Botak agak kurang menyengat namun harus dipuji pada semangat setiakawan yang ditampilkan dalam filem ini. Memang tak dinafikan kehadiran watak baru, Lan Todak yang dilakonkan oleh Sharnaz Ahmad sememangnya memberi "penyeri" dalam filem ini.

Lan Todak memang menyegat
Lan Todak merupakan "otai" di sekolah tempat Botak dan kawan-kawan lain dipindahkan. Nak tahu apa gilernya Lan Todak ni? Haaa, apalagi...

Bukak Wallet, pegi beratur, beli laa tiket!

Untuk filem ni, saya bagi : MESTI TONTON !




Tuesday, January 22, 2013

FILEM REVIEW : HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT



Tayangan khas filem ini telah diadakan di GSC Midvalley semalam untuk media, bloggers dan juga rakan-rakan niaga.

Filem arahan Mamat Khalid sering mendapat perhatian ramai apatah lagi selepas kejayaan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kali ini, sutradara Mamat Khalid telah kembali dengan sambungan filem sebelum itu yg bertajuk, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit.

Filem ini juga merupakan antara filem terakhir Allahyarham Zami Ismail.


Pendapat aku:

Jalan penceritaan filem ini agak biasa dan lebih kurang dengan filem sebelumnya. Ada beberapa perkara yang agak samar dalam pemikiran aku. Kalau sebelum ini filem2 Mamat Khalid lebih menampilkan komedi dari seram ( 80 - 20 ) tapi kali ini:

Lawak : 50%
Seram : 50%

Sekata semua. walaubagaimanapun, apa yang dapat dikatakan, filem ini semestinya akan membuatkan anda tak kering gusi sewaktu menonton. Kalau nak tahu apa jadi pada Husin lakonan Awie, pastikan anda menanti kemunculan filem ini dipawagam berdekatan pada 7 Februari ini.

Jom layan trailer dulu ..