Kecoh 1 Malaysia apabila Emma Maembong telah membuat pengakuan di mana dirinya dan Zizan Razak telah sah putus hubungan.
Sebelum ini memang terdapat desas- desus mengatakan bahawa mereka benar putus cinta tetapi pasangan itu telah memuat naik gambar mereka bersama dan menafikan khabar angin tersebut.
Tup-tup sekarang Emma berkata sebaliknya pula. Haih, mamat kaya femes pon kene dumped ya! Opps~
Kalau dilihat melalui akaun Instagram milik Emma, pelakon dan model berkenaan seperti redha dan bersedia menjalani hidup seperti biasa tanpa kewujudan Zizan.
“Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja. Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapimereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati.“
“Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga.”
Zizan buat masa ini masih belum mengeluarkan kenyataan berkaitan berita ini melainkan Zizan menyatakan bahawa hubungan mereka terputus akibat Zizan membeli sebuah kereta sport mewah. Tak tahulah kereta apa sebab dengarnya Nissan Skyline. Tapi, Zizan memang dah menggunakan kereta Nissan GTR lebih kurang setahun lalu. Mungkin Zizan nak upgrade Ferari atau Lamborghini kah?
![]() |
Instagram Zizan menyatakan beliau masih sayangkan Emma. |
Jika difikirkan kembali, bukan kerana kereta mewah yang menjadi punca rasanya. Baca semula ayat Emma di mana beliau menyatakan sudah " tak tahan " dengan perangai Zizan.
Humm.. Apapun diharap kemelut pasangan eh! ex- pasangan ni dapat diselesaikan secara damai. Mungkin ayah Emma tak perlu menggunakan media untuk menghentam Zizan lagi. Insha Allah semuanya akan kembali jernih.
Chiow~