SINOPSIS FILEM
Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).
Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga.
Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.
Antara para pelakon yang terlibat |
REVIEW:
Filem Balistik ini agak berbeza dengan filem-filem aksi sebelum ini. Jalan peceritaan yang bagus dan juga stunt dan aksi-aksi yang ditunjukkan membuktikan bahawa filem Melayu juga mampu bersaing di dalam industri. Apa yang lebih menarik lagi, ia boleh dikatakan Filem 1 Malaysia kerana membuat penampilan beberapa pelakon dari masyarakat Cina. Kerjasama anatara mereka menunjukkan pengarah mampu mengarah filem ini dengan baik dan berkesan.
Jadi, jangan lupa saksikan BALISTIK di pawagam berhampiran bermula ESOK!
Walaupun sibuk dengan kes, Adi Putra tetap datang untuk menjayakan majlis pra-tonton filem ini |
Sewaktu Red Carpet |
Ok, apa kata kita layan dulu trailer filem ini.
RATING : 4 Bintang!
** Maaf kerana tidak banyak gambar sewaktu preview filem. Terlalu ramai wartawan dan juga media pada masa itu.~