Nuffnang Ads

Thursday, January 8, 2015

[ GOSSIP ] : SAYA MASIH CINTAKAN EMMA MAEMBONG - ZIZAN RAZAK



Kecoh 1 Malaysia apabila Emma Maembong telah membuat pengakuan di mana dirinya dan Zizan Razak telah sah putus hubungan.

Sebelum ini memang terdapat desas- desus mengatakan bahawa mereka benar putus cinta tetapi pasangan itu telah memuat naik gambar mereka bersama dan menafikan khabar angin tersebut.

Tup-tup sekarang Emma berkata sebaliknya pula. Haih, mamat kaya femes pon kene dumped ya! Opps~

Kalau dilihat melalui akaun Instagram milik Emma, pelakon dan model berkenaan seperti redha dan bersedia menjalani hidup seperti biasa tanpa kewujudan Zizan.


“Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja. Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapimereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati.
“Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga.”

Zizan buat masa ini masih belum mengeluarkan kenyataan berkaitan berita ini melainkan Zizan menyatakan bahawa hubungan mereka terputus akibat Zizan membeli sebuah kereta sport mewah. Tak tahulah kereta apa sebab dengarnya Nissan Skyline. Tapi, Zizan memang dah menggunakan kereta Nissan GTR lebih kurang setahun lalu. Mungkin Zizan nak upgrade Ferari atau Lamborghini kah?

Instagram Zizan menyatakan beliau masih sayangkan Emma.

Jika difikirkan kembali, bukan kerana kereta mewah yang menjadi punca rasanya. Baca semula ayat Emma di mana beliau menyatakan sudah " tak tahan " dengan perangai Zizan.

Humm.. Apapun diharap kemelut pasangan eh! ex- pasangan ni dapat diselesaikan secara damai. Mungkin ayah Emma tak perlu menggunakan media untuk menghentam Zizan lagi. Insha Allah semuanya akan kembali jernih.

Chiow~

Tuesday, March 25, 2014

FILM REVIEW : FOBIA MALAM PERTAMA


Rata-rata ramai yang dah tahu tentang kewujudan filem ini kan?

Saya masih tidak berapa pasti samaada filem ini masih ditayangkan atau sudah tamat tempoh "wajib tayang" dari panggung.

SINOPSIS

Mengisahkan seorang pelajar wanita yang takut untuk berkahwin kerana masih teringat akan kisah silam nenek moyangnya yang membuat perjanjian bersama syaitan di mana setiap anak perempuan keturunan itu akan mati selepas bersalin.

Jadi, untuk mengelakkan dia untuk "bersama" suaminya, Zeti mencuba pelbagai cara untuk mengelakkan suaminya menyentuh tubuhnya selepas berkahwin. Ibu-bapa si suami pula amat mementingkan "dara " pada wanita. Jadi, setiap hari kain putih akan diberikan untuk membuktikan bahawa Zeti masih lagi perawan.





Saya lihat filem ini tidak seharusnya di label kan sebagai sebuah "filem". Mungkin menjadi drama lebih sesuai. Apapun, jika untuk support filem tempatan, bolehlah pergi menonton. Tapi, make sure pada hari yang tiket wayang sedikit murah.


Saya beri 1.5/5 bintang!

Friday, February 7, 2014

[ FILM REVIEW ] : ROBOCOP 2014


Mungkin ada yang masih belum berkesempatan menonton filem Robocop yang diberi nafas baru ini kan? Sekiranya anda meminati dan tertunggu-tunggu dengan kemunculan semula filem Robocop, pastinya ia agak sedikit mengecewakan.

Jalan penceritaan filem ini agak perlahan di awal cerita. Namun aksi bermula selepas "mengurangkan" isu "emosi" pada Alex si Robocop ini. 

Walaubagaimanapun, ianya merupakan satu filem yang menarik kerana penampilan Robocop telah diberikan nafas baru dengan bewarna hitam berbanding dengan sebelum ini bewarna silver. Jadi nampak lebih smart dan macho.

Untuk filem ini, saya beri 3.5 / 5 bintang!


Wednesday, January 8, 2014

[ REVIEW FILEM ] : BALISTIK





SINOPSIS FILEM

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).


Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.


Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga.


Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.



Antara para pelakon yang terlibat



REVIEW:

Filem Balistik ini agak berbeza dengan filem-filem aksi sebelum ini. Jalan peceritaan yang bagus dan juga stunt dan aksi-aksi yang ditunjukkan membuktikan bahawa filem Melayu juga mampu bersaing di dalam industri. Apa yang lebih menarik lagi, ia boleh dikatakan Filem 1 Malaysia kerana membuat penampilan beberapa pelakon dari masyarakat Cina. Kerjasama anatara mereka menunjukkan pengarah mampu mengarah filem ini dengan baik dan berkesan.

Jadi, jangan lupa saksikan BALISTIK di pawagam berhampiran bermula ESOK! 


Walaupun sibuk dengan kes, Adi Putra tetap datang untuk menjayakan majlis pra-tonton filem ini


Sewaktu Red Carpet


Ok, apa kata kita layan dulu trailer filem ini.



RATING : 4 Bintang!




** Maaf kerana tidak banyak gambar sewaktu preview filem. Terlalu ramai wartawan dan juga media pada masa itu.~

Monday, December 30, 2013

[ TEATER ] : BAHAYANYA WANITA


Bahayanya Wanita merupakan sebuah pementasan teater yang sedang berlangsung di Istana Budaya. Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, sila beli dengan segera kerana esok merupakan tarikh terakhir pementasan teater ini.



Teater ini sememangnya mempunyai jalan penceritaan yang bagus dan menyentuh tentang isu poligami. Antara tunggak utama teater ini ialah

1) Zizan Razak - Syed Maadon Al Atas
2) Umie Aida - Sharifah Fatimah Maruka ( Isteri pertama)
3) Erra Fazira - Camelia ( Isteri kedua)
4) Nora Danish - Farhana ( Isteri ke 3)
5) Erma Fatima - Suti Lambong ( Isteri ke 4)

Rata-rata sudah mengetahui pastinya Zizan Razak akan menyelitkan lawak-lawak spontan yang pastinya membuatkan anda tak kering gusi sepanjang pementasan. Lagu-lagu yang dihasilkan juga cukup menarik.



Untuk teater ini, saya berikan ..

5 Bintang! :)

Tahniah kepada semua pelakon dan krew-krew yang menjayakan pementasan ini. Rasa macam nak tengok sekali lagi!





Sunday, October 6, 2013

[ NOW SHOWING ] : KL GANGSTER 2





Mungkin ramai dikalangan kita yang sudahpun menonton filem ini secara haram sebulan sebelum tayangan yang sepatutnya, kan?

Kepada anda yang sememangnya sayangkan industri perfileman dan sememangnya menitik beratkan soal kepuasan menonton, filem ini menjanjikan kepuasan yang semestinya membuatkan anda tidak menyesal.

Kutipan filem pertama, KL Gangster sebelum ini berjaya mencecah 11 juta, KLG2 ini dirasakan boleh mendapat kutipan sebegitu rupa juga walaupun telah dicetak rompak. Jalan penceritaan yang menarik dan semestinya penuh dengan aksi-aksi hebat yang ditunjukkan.

Betul kata Rosyam Nor selaku " tailong" dalam filem ini. Sepanjang beliau dalam industri perfileman dan berbagai watak gangster telah dilakonkan seperti Castelo dll, tailong dalam KLG2 ini sememangnya lebih ekstrem dari watak yang beliau lakonkan sebelum ini. Jadi, siapa kata Rosyam Nor telah hilang bisa gangsternya?

Walau telah dicetak rompak, KLG2 dikatakan mendapat kutipan lebih kurang 700,00 dihari pertama tayangannya. Ini merupakan satu permulaan yang baik dan Syamsul Yusof sepatutnya memperbanyakkan lagi promosi-promosi yang boleh menarik ramai lg penonton ke panggung.Syamsul yang dikatakan mengelakkan diri dari terlibat dalam mana-mana promosi filem ini sepatutnya tidak berputus asa dan berganding bahu bersama pelakon untuk menjayakan filem ini.

Dengan kehebatan filem KLG2 ini, pada pendapat saya ianya mampu mengulangi kejayaan filem pertamanya.


Jadi, tidak kisahlah jika anda sudah menonton secara haram atau belum, saya sarankan agar filem ini menjadi filem pertama yang menjadi pilihan anda sewaktu membeli tiket.

Untuk filem ini saya bagi : MESTI TONTON!

Thursday, September 12, 2013

[ NOW SHOWING ] : LAGENDA BUDAK HOSTEL


SINOPSIS:

Mengisahkan pelajar hostel Kodan (Along Cham) dan Put ( Along Eyzendy) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Mereka digeruni pelajar lain kerana selalu terlibat dalam kes buli. Mereka juga bersaing merebut hati Seroja (Nora Danish) anak kepada Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Muncul pelajar baru Kicap (Epy Raja Lawak) yang menyuruh mereka bersaing untuk memenangi hati Seroja dan bertanding memenangi kerusi pelajar agar dapat memikat Seroja. Pelbagai taktik dilakukan untuk mendapatkan Seroja namun siapakah di antara mereka berdua yang bakal menemui kejayaan?

Klasifikasi: P13
Genre: Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 12 September 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Along Raja Lawak, Along Eyzendy, Angah Raja Lawak, Nora Danish, Epy Raja Lawak






Jom layan The Making Of pulak :



Pendapat aku :

Mungkin ada ramai antara kita yang pernah duduk hostel kan? Jadi rasanya filem ini sesuai untuk kita-kita yang pernah rasa makan maggi dalam baldi, tiup kipas sampai berpusing, april fool..yang boleh imbau balik kenangan zaman sekolah dulu. Heheh..Jom kite serbu panggung plak!